Apa Yang Dinanti Telah Sempurna


Akhirnya berakhir sudah penantian kami. Tak lama lagi bolehlah duduk di rumah sendiri sebab benda paling utama dalam rumah tu sudah pun siap. Tanpanya memang tak complete hidup kami sekeluarga dalam rumah tu terutamanya untuk si isteri. Lagipun kat situ la isteri nak tunjuk skill nya yang hebat (perasan)...........(*______*)


TADAAAAAAAAAAAAAA.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Dry Kitchen


Wet Kitchen


Maka dengan ini isteri-taat-setia kena la memasak dengan sepenuh hati dan menggunakan segala kelengkapan dengan bersungguh-sungguh. Jangan risau suami, isteri dah ada banyak menu-menu baru yang akan dicuba nanti....hehehe.

Bagi pendapat i kalau nak masuk rumah baru wajib ada kitchen cabinet dulu. Benda lain tak de pun boleh hidup lagi tapi kalau tak de dapur memang kucar-kacir hidup. Nak siapkan dapur je pun dah ambil masa sebulan, pasang dapur pulak dalam masa seminggu. So kalau dah masuk rumah dulu sebelum dapur siap memang terganggu sikit la kehidupan dalam rumah tu. Mana taknye...pekerja-pekerja tu nak datang buat kerja. Kan tak seronok kalau ada orang luar keluar masuk rumah kita, dah tu habuk tak yah cakap la kan...Tambah pula wet kitchen i buat concrete counter top, maka kerja-kerja concrete ni kena la buat kat site. Nak pasang tiles lagi sebab dapur kami memang tak de wall tiles.

Secara keseluruhannya i berpuas hati dengan IRIZ DECO ni. Boss dia pun sangat baik, dah macam kamceng dengan suami daku. Lagipun sempena buat dapur ni boss IRIZ ni bagi free gift kat kami Spoon Tray, LED Lighting dan Dish Rack. Terima kasih daun keladi la En. Shah..........hehe. Pekerja-pekerja dia pun buat kerja kemas dan bersih sebab bila dah habis semua kerja, diorang vakum balik habuk-habuk tu. So tak la teruk sangat kami nak bersihkan balik rumah tu nanti. Lagipun sebelum buat dapur tu, memang dah sental habis-habisan segala kekotoran, kali ni just sapu dan mop je lah. Dah bersih rumah mula la aktiviti mengangkut barang.

TETAPI.......

Aktiviti membersihkan rumah terpaksa ditangguhkan dulu sebab suami telah kembali ke UPM. Target nak angkut barang dalam hujung bulan ni dan InsyaAllah awal bulan Mei akan berpenghuni la rumah itu.

Bagi mereka-mereka yang beli rumah di Kedah dan Perlis, yang masih tercari-cari nak buat kat mana kitchen cabinet boleh la melawat website ni....

http://www.irizdeco.com/



p/s : nak masuk rumah tapi curtain tak de lagi......owhhhh noooooo



Papa dan minatnya


Sekarang ni papa dah ada hobi baru....BERBASIKAL....dah beli pun sebijik. Selama ni asyik sebut-sebut je nak basikal 24/7, so i pun tak kisah. Lagipun itu duit hubby + dah banyak barang yang hubby beli untuk kami anak beranak. Kali ni beli la untuk diri sendiri pulak. Semangat hubby bertambah berkobar-kobar nak beli basikal ni bila dah jumpa geng nak berkayuh sesama. Diorang selalu berbasikal kat area Putrajaya, on road saja la....belum tahap nak memanjat-manjat gunung lagi.

Kat Putrajaya sekarang pun dah ada tempat untuk aktiviti-aktiviti berbasikal ni, dah sedia track berbukit-bukit untuk mereka-mereka yang minat aktiviti mencabar...PUTRAJAYA CHALLENGE PARK...tapi tak boleh la minat saja, basikal pun kena meletups jugak. Kalau tak, semput la nak berkayuh kat kawasan berbukit tu. Dah nama pun basikal meletups, duit pun kena seiring dan sejalan la jugak. Kalau basikal nak pergi sekolah tu, ye la murah....tapi basikal untuk aktiviti-aktiviti macam ni jangan harap la nak dapat murah; harga boleh mencecah belas-belas dan puluh-puluh ribu.

Basikal papa (tak de la sampai berbelas-belas ribu)

Sebelum ni i pernah tanya hubby kenapa tetiba nak berbasikal pulak....Kebanyakan orang nak DSLR tapi dia nak basikal. Hubby cakap dia nak aktiviti bersukan, nak bagi fit balik badan. Nak berjogging kadang-kadang tu tak terbuat pulak. Ada basikal ni boleh juga berkayuh sorang-sorang kat area Bukit Mahkota tu. Lagipun hubby memang bukan kaki ambil gambar, so taknak bazir duit untuk DSLR....(tersedih mak cik ini mendengar....bye bye DSLR)

Papa dan basikalnya

Selamat berkayuh papa....Mummy menyokong dari belakang....;)



Happy 5months, IMAN ZUHAYR


Hari ni Iman Zuhayr dah 5bulan 4hari....Semakin hari, Iman semakin pandai dan mummy tak jemu-jemu melayan karenah Iman. Rasa macam hidup tak bermakna tanpa Iman di sisi and also you my beloved hubby....(tak boleh lebihkan anak je, nanti suami jeles...maka kena adil dan saksama)....I really love my both heros <3<3...


Sekarang ni Iman dah pandai.....

* pandai berguling-guling...kiranya kawasan 'jajahan' Iman dah semakin luas. Mummy yang semput nak kawal Iman. Pantang letak je, terus meniarap dan mula bergolek-golek macam ayam golek. HEHE...Bukannya apa, takut Iman terhantuk kabinet, tak pun masuk bawah kerusi je...

*dah boleh angkat punggung dan badan (gaya macam nak merangkak) tapi tak berjaya lagi nak ke depan. Tak boleh nak balance badan lagi...

*dah kenal mummy...bila orang lain pegang Iman dan tetiba je nampak mummy mula la tergawang-gawang tangan minta mummy ambil. Kalau mummy buat-buat tak nak ambil tu mula la bersedih hati.

*suka bersembang sambil menyembur air liur...Mummy layankan je la apa yang Iman cakap. Rasa macam comelnya percakapan bayi ni sampai kadang-kadang tu Mummy geram dan gomol-gomol Iman.

*dah pandai geli-geli...Kalau mummy geletek, tak pun agah-agah, Iman mula la gelak mengekek. Baby tak de gigi pun comel kan masa diorang gelak....~rasa macam nak pergi peluk Iman sekarang....T____T~

*dah pandai buat 'cak cekur'....
Haaaa...mesti tak tau kan apa benda la cak cekur nih. Orang-orang tua kat tempat i ni selalu ajar budak-budak buat cak cekur (tak tau la kat tempat lain sama ke tak). Sambil suruh budak-budak menggamit tangan, sambil nyanyi lagu ni....

Cak cekur,
Udang gamit,

Minta kapur,

Bagi kunyit


Sangat cute ok bila jari-jemari bayi ni mula menggamit sebab diorang bukannya terror lagi macam orang-orang besar kan.......~mummy nak gigit jari-jari Iman~

*suka masukkan benda dalam mulut. Sua la apa pun, menganga je la kerja Iman. Tak pun kalau Iman main sendiri habis mainan Iman basah dengan air liur.

Sebelum bersurai, nah gambar budak 5 bulan bersama papanya.......







Walaupun Iman tak membesar bagaikan juara tapi mummy sangat senang hati sebab Iman membesar dengan sihat....Semoga menjadi anak yang soleh. Amin




up