Churp Churp - Register Now


First time join aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan melalui internet nih....


Apa Churp Churp ni????

Churp Churp ni macam Nuffnang jugak...mem'promote' kepada rakan taulan iklan-iklan dalam Churp Churp ni. Bukan saja boleh promote melalui blog tapi boleh juga menggunakan facebook atau twitter. Memang la pendapatan dia bukannya RM 1000 sekali 'click'...
Sikit-sikit, lama-lama berbukit-bukit la duit korang kan...

Berminat???

Apa lagi, klik link di bawah ni.....:)


How does getting rewarded through sharing sounds like to you?
Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!



Pap Smear


Kamu...kamu...kamu...kamu semua dah buat ujian pap smear ke? (bagi mereka yang bergelar emak-orang)


Disebabkan i belum buat ujian ni maka dengan rajin tangannya meminta jasa baik encik google untuk memberi info. Paling utama info yang i cari seharusnya alat yang digunakan nanti. Hadoyaaiiiii.....kenapa la i ni dilahirkan penakut? Baru je tengok alat tu dah seram sejuk dah. Kenapa perlu menggunakan alat yang menggerunkan ni? (ooohhhh....makcik sudah sesak nafas *____*)

speculum

Memang la orang kata lagi sakit beranak tapi yang i tak tahan masa bersalin dulu part 'seluk-seluk'. Tak rela nak diingat. Kalau boleh skip, i la orang pertama angkat tangan. Bagi i pap smear pun lebih kurang kaedah seluk tapi menggunakan alat bukannya jari-jemari.

Ujian ni sangat penting bagi emak-emak sebab boleh mengesan sel kanser dari peringkat awal.

Oleh itu, emak-penakut-ini akan pergi jugak tapi tak tahu lagi hari apa, bulan bila, tahun berapa. Menunggu sehingga kekuatan datang....(cepat la kau datang)

Maka, marilah kita menambah ilmu tentang pap smear.....



Ihsan dari Encik Google

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,
2.

Menyembur kawasan vagina,

3.

Menggunakan tampon, dan

4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.



Turns Four


Cepat je masa berlalu...Rasa macam baru semalam je pregnant, baru semalam je bersalin. Pejam celik pejam celik, Iman dah pun 4bulan. Dah bermacam ragam, dah bermacam benda baru yang di'explore'. Mummy pun tiap-tiap hari dah tak de masa nak menggoyang kaki, asyik mengadap si kecik ni je la.

Perihal Iman sepanjang 4 bulan ni :

Anak PAPA
Anak papa sangat sebab muka se'photostat'. Sumpah, tak pernah lagi la orang tegur macam muka mummy. Serba serbi ikut macam papa; perangai pun macam papa....hehe. Yang pasti mata ikut mummy, bulat dan menawan....haha. Nak jugak diselit gen mummy kat anak (kalau tak de gen mummy, macam mana boleh keluar dari perut mummy kaaannnnnn.......^____^)

Muka papa, kulit ikut mummy...hoccay!!

Say No to bottles
Until now sangat tidak gemarkan botol susu walaupun susu mummy dalam tu. Sentiasa nak melekap dengan mummy jer. Tapi setiap hari ajar jugak minum botol; sehari 2 kali dan hanya mampu habiskan 1oz susu. So, tak payah memandai nak bagi lebih-lebih sebab automatik dah tak nak. Tak pe la Iman, pelan-pelan okay belajar minum botol. Mummy setia menunggu.....Bersyukur sangat-sangat sebab masih mampu BF Iman sepenuhnya. Dan susu mummy masih mampu mengenyangkan Iman hari-hari.

Tak bermakna TIDUR tanpa BUAIAN
Sangat tak nak tidur kalau tak de 'sahabat baik' dia; si buaian. Masa pregnant dulu memang niat di hati tak nak ajar anak buaian atau soother. Tapi terpaksa berkorban salah satunya sebab Iman mengalami colic @ kembung perut yang maha hebat. Dia susah nak tidur maka mummy pun ajar la Iman berbuai-buai. Sebab tu mummy malas nak ke mana-mana sekarang ni. Iman kalau mengamuk nak tidur, bergema satu shopping mall tau. Bila malam tak nak dibuai pulak, ajak mummy tidur dalam bilik sambil nyot nyot sampai la tertidur.

Berjaya Meniarap
Sudah boleh meniarap di umur 4bulan. Bukan setakat meniarap, dah angkat punggung nak ke depan pun. Pantang letak, terus berpusing....kadang-kadang tu mengamuk sebab penat. Iman tak pandai lagi nak pusing sendiri.


Senyuman seindah suria

Iman budak kecik yang suka tersenyum. Panggil nama je pun dah tersengih-sengih sampai berjuraian air liur. Belum lagi diagah-agah untuk diangkat. Itu memang favourite dia, didukung ke sana sini. Sangat tidak suka dibiar berbaring seorang diri, mula la menjerit minta di angkat. Selalunya mak tok la jadi mangsa, bawa Iman jalan-jalan kat luar rumah lepas balik kerja. Iman pulak macam tau je timing dia. Pukul 5 dah tak nak duduk dalam rumah, nak ambil angin kat luar pulak.

Telinga Lintah
Telinga lintah = Tajam pendengaran
Tak boleh dengar sebarang bunyi bila time tidur maka akan terbuntang biji mata. Kadang-kadang mummy ter'tension' pada sesiapa yang berbuat bising sebab mummy buaikan Iman 1jam, tetiba tak sampai setengah jam boleh pulak dia dah bangun sebab gangguan persekitaran. Emak mana yang tak tension, sakit pinggang-pinggang membuai dia sampai tidur. Tak sempat nak hilang lenguh tangan nih, dia dah bangun dah...(tak mengeluh, mummy terima anak mummy seadanya). Rasa macam nak buat bilik kebal la untuk Iman.

Gemarkan tangan dan kaki

Ini pun favourite Iman jugak. Sumbat jari, kadang-kadang penumbuk dalam mulut. Masukkan jari dalam mulut tu sampai nak termuntah la jawabnya. Towel kecik kena sentiasa ada sebab anak mummy ni sentiasa dipenuhi air liur. Kat tangan, kat lengan....itu tak termasuk lagi air liur yang berjuraian. Baju sentiasa basah...Ibu jari kaki pun kesukaan Iman jugak. Pantang buka socks laju je sumbat jari kaki dalam mulut, kadang tu dengan socks-socks di makan sekali.

Memang seronok melayan budak-budak ni. Letih tu memang la ada, tipu la tak pernah rasa letih tapi bila tengok senyuman manis Iman terus hilang segala rasa tak larat. Boleh ikut tersenyum sekali, macam-macam keletah. Mummy pun gembira dapat membesarkan Iman secara sepenuhnya.....Mummy love you, sayang.




up