3D Sketch - Kitchen Cabinet


Seperti yang dijanji.....

2 hari.....


Wet Kitchen


Dry Kitchen


Roughly 3D Rendering

* Material selection tak buat lagi
* A few changes at Wet Kitchen



Misi Bermula


~ Contractor hunting ~

Last week hubby balik sempena melihat anak dan isteri, maka kami pun memulakan pencarian kontraktor. Untuk apa????? Untuk menyiapkan kitchen cabinet kami. Target nak masuk rumah bulan 5 ni, so tak boleh membuang masa lagi. Kena mensurvey dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat harga yang termampu dan yang paling penting terhasilnya kitchen cabinet IDAMANKU. Sebagai pembakar semangat untuk lebih rajin memasak...sebelum ni pun memang dah rajin (perasan sendiri). Kat rumah sendiri baru la teruja sikit nak mencuba pelbagai resepi especially makanan yang kena bakar ni. Duduk dengan emak, harus la my mom yang settlekan bahagian bakar-mambakar tu. * teringinnya nak buat macaroni bakar *

Kembali ke cerita asal.....

1st Survey
Tanya contractor yang pasang grille (dia pun buat kitchen cabinet jugak) ; En. Cina. Wet Kitchen, harganya boleh diterima akal tapi Dry Kitchen, harganya.....mak aih.....terlebih lebih lebih lebih lebih budget (cuba kira berapa banyak lebih daa). Harga yang di quote rasa macam tak boleh nak diterima oleh akal fikiran. Rasa macam dia 'mencekik darah kami'.
*
*
*
*
CANCEL

2nd Survey
Kami ke kitchen specialist kat Jitra. Bila dia tengok design yang i buat dia kata ruang kerja terlalu kecil. Dia propose layout baru tapi serious i tak berkenan layout dia, macam tak seswai gituuu. Cara dia cakap macam nak suruh ambil set kitchen cabinet dia yang tengah promotion masa tu. Memang la dapat granite counter top, kitchen hood + hob dan sink free tapi design dan material yang diguna sangat not my taste. Harga pun mahal jugak.
*
*
*
*
CANCEL

3rd Survey
Hubby meng'google' di mudah.com sebab dah tak de idea kat mana lagi nak cari orang untuk buat kitchen cabinet. Terjumpa la company IRIZ DECO dan dapat la tengok kerja-kerja yang diorang dah buat, memang trend terkini dan memenuhi citarasa orang muda macam i. Esoknya terus kami pegi cari En. Shah, boss IRIZ DECO. Yang menariknya IRIZ ni adalah pengilang bagi kitchen cabinet, diorang buat keja pun sebelah rumah je. So, minta estimate quote dari En. Shah dulu base on design i dan harga yang diberi pun affordable la untuk kami. Yang penting material yang dia guna adalah dari Formica...ooohhhhh i loooiikkkeeee sangat sangat sangat. Diorang perlukan masa 4minggu untuk siapkan dan perlu book tarikh cepat-cepat sebab diorang sentiasa full house.

Disebabkan kami tak beli apa-apa pun lagi perkakas untuk dapur; kitchen hood + hob, oven, sink + tap, dia pun suggest kedai yang boleh bagi harga murah sebab lagi memudahkan diorang nak ukur bila semua benda dah ada. Hari tu jugak kami pegi beli semua tu.

Next day En. Shah datang rumah; ukur dan bagi quotation. Bertambah harga sebab ketinggian siling yang kami ukur tak sama dengan ketinggian sebenar. Maka untuk cut cost, tak dapat la nak buat full height cabinet kat Dry Kitchen....sob sob sob.

Kalau kami berminat dengan harga yang ditawarkan, kena bayar RM200 untuk buka akaun dan diorang akan buat 3D.
*
*
*
*
YEAY!!!!!!

Sekarang ni tunggu je la 3D tu siap. Kalau puas hati, pilih material pulak.

Fuuuhhhh.....nak masuk rumah, duit keluar macam air. So, lebih baik menabung dari sekarang kalau nak beli rumah. Kalau tak, kena la pinjam dekat 'ah long'......;)



Iman & Botol Susu


Iman dan botol susu memang sangat tak serasi bersama. Walaupun sekarang dah 3bulan still tak boleh adapt dengan botol susu. Akan meraung-raung kalau diberi minum botol susu walaupun susu tu susu mummy. Menangis macam orang dera, akhirnya mummy tertewas jugak...terus bagi direct BF. Still mummy tak akan berputus asa untuk melatih Iman. Hari-hari akan bagi Iman minum botol walaupun sekali, nak membiasakan dia dengan botol susu. Puting susu tu tak terkira la dah berapa jenis tukar dan bermacam-macam brand dah guna pun, still tak memberi kesan jugak pada Iman.

Tiap-tiap hari mummy hanya pam 1oz saja sebab Iman nak habiskan pun macam satu seksaan, mummy dengar Iman nangis pun lagi terseksa jiwa tapi sebab nak ajar Iman, kena la berhati kering jugak. Mummy tak kerja boleh la nak direct BF, kalau dah kerja macam mana? Nak tunggu mummy balik, baru nak minum ke? Tak pasal-pasal tak de orang nak jaga Iman pulak nanti. Pening kepala mummy.

Kadang-kadang Iman minum jugak susu botol dalam keadaan terpaksa sambil mulut tak berhenti-henti berbunyi. Habis la jugak 1oz tapi still tak puas...nak dari mummy jugak. Bila dah dapat tu macam satu kepuasan, minum dengan rakusnya. Mummy risau kalau nanti mummy dah tak de susu, macam mana Iman nak minum susu? Minum dari botol pun tak nak...:(


Iman dan botol susunya

Tetiba rasa menyesal pula tak ajar Iman dari awal. Masa pantang dulu memang tak de buat stok susu sebab duduk dengan My Mom, peti ais dia pun dah penuh dengan segala macam benda. So, I just pam bila breast bengkak. Kiranya dalam pantang dulu boleh kira dengan jari la berapa kali sangat Iman minum botol. Masa kecik memang dia tak kisah, asalkan bernama susu, apa medium pun dia layan je tapi sekarang semakin besar dah semakin pandai demand.

Masa Iman 2bulan, mummy dah start ajar minum botol. Time tu Iman dah pandai kenal puting, dah mula tunjuk tanda-tanda tak nak minum botol. So mummy buat kaedah selang-seli; mula-mula direct BF kemudian tukar dengan botol susu. Iman boleh terima asalkan dimula dengan direct BF dulu tapi mungkin masa tu mummy tak bersungguh nak ajar Iman minum botol, rutin tu tak dibuat tiap-tiap hari. Sekarang terima la padahnya.

Budak kecik yang banyak ragamnya

Sekarang ni nak ke mana-mana pun kena fikir banyak kali dan pastikan tempat tu ada nursing area. Memang la sekarang dah di jual bermacam-macam style nursing cover, tapi mummy still malu-malu kucing nk BF kat open space...:/

Nak tinggalkan Iman sekejap pun susah, risau dia menangis kelaparan. MIL dah pesan awal-awal kalau Iman tak minum botol lagi, dia tak nak jaga sebab takut Iman nangis. Iman kalau start nangis memang dia la juara; terus ke volume maksimum. Berpeluh tok nanti nak menenangkan Iman.

" Tengok Iman...tak de orang nak jaga Iman kalau buat perangai tak nak minum botol ni..."


~sigh~




up