DUIT, DUIT, DUIT


Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri tapi nak masuk rumah kena ada duit segunung dulu. Mana tak nya nak kena pasang grille, beli lampu-kipas, pasang lampu-kipas, buat kitchen cabinet, tambah itu ini, bla bla bla bla.....Semua tu memerlukan duit dan duit bukannya turun dari langit. (berhenti merepek, pegi cari duit sekarang!)

Duit-duit, di mana kau duit...............

Disebabkan tak de duit berjuta-juta, maka terpaksa la membuat secara 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Nak buat semuanya secara berjemaah jawabnya makan pasir la kami sekeluarga. Lagipun planning nak masuk rumah tu tahun 2012, bila Mr Hubby dah habis sambung Master dan kembali ke pangkuanku...HAHA.

Mengikut budget 2010, hanya mampu memasang grille, tinted window, tambah awning di bahagian belakang, tambah piping dan tambah store kat bawah tangga. Kena start menabung dari sekarang, sebelum ni pun dah start tapi kena melipatgandakan lagi usaha. Bermaksud kalau nak shopping apa-apa pun sekarang ni kena fikir sedalam-dalamnya serta kepentingannya sebab yang terpenting sekarang ni adalah RUMAH selain daripada ANAK.


Pandangan hadapan


Pandangan belakang


Pandangan belakang lagi
*nak tambah awning kat kawasan sekangkang kera ni*


Tak sabar rasanya nak bawa Iman tinggal kat rumah baru ni. One Happy Family. Lengkap sudah hidup i tapi satu lagi je yang belum tercapai.....~sigh~

Tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah. Mampu memiliki rumah sebelum berumur 30 tahun. Disebabkan nak memiliki hartanah sendiri kena la bersusah-susah dulu tapi InsyaAllah akan bersenang-senang di kemudian hari. Lagipun hartanah ni tak pernah susut nilainya, makin naik ada la. Maka tak rugi pun melabur.



Family Planning


Apakah perancangan keluarga anda? (bagi yang berkeluarga saja ye)

Kalau ditanya i, i nak secara naturally tapi setelah ber'appointment' dengan Doktor Annuar buat kali terakhir, dia yang tanya i balik "boleh ke planning secara naturally?". Sebenarnya i pun tak pasti sebab kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Takut jugak kalau Iman belum cukup besar tetiba dah nak beradik pula. Ohhhh noooooooooooo. Bukan tak nak tambah bilangan keluarga tapi bukan dalam masa yang terdekat ni.

So, appointment hari tu hanyalah untuk berdiskusi tentang family planning. Doktor Annuar cakap kalau nak planning secara natural boleh tapi kena memenuhi 3 syarat wajib ni
  • Exclusively BREASTFEEDING. Say no to FM (Formula Milk). Maksudnya tak boleh campur susu; kejap BF, kejap FM.
  • Hanya berkesan pada 6 BULAN PERTAMA. 95% dijamin tak akan accidentally get pregnant.
  • Sepanjang 6 bulan TAK PERIOD
Bila dah masuk 7 bulan tu kena la fikir kaedah apa yang nak digunakan. Doktor bagitau sekarang ramai yang suka gunakan kaedah ring atau gegelang vagina. Ring tu akan dimasukkan selama 3minggu dan dikeluarkan selama 1minggu dan dilakukan secara sendirian berhad, tidak memerlukan doktor di tempat kejadian. Kaedah ni digemari sebab mudah; tak de la nak terlupa macam makan ubat tu kemudian tak mengganggu hormon kita. Bermaksud period akan datang seperti biasa. Apa pun kaedah yang nak digunakan, dia suruh balik fikir, berbincang dengan suami dan boleh datang jumpa dia bila-bila masa pun untuk berdiskusi dengan lebih detail.

I ni kalau bab-bab nak masukkan benda dalam badan memang penakut sikit. Kalau bab makan-makan ni boleh diterima lagi. Sebenarnya i tak terfikir lagi nak guna kaedah apa selain kaedah semulajadi tapi doktor tak yakin kaedah tu berkesan, takut terbabas je nanti. *pening lalat*

Satu lagi yang i takut bila doktor sebut ujian PAPSMEAR.



Kau Milikku


No 499, Jalan Gemilang 12,
Taman Gemilang,

06000 Jitra,
Kedah



Happy 2nd Anniversary


12 December 2008


Tarikh keramat i dinikahkan dengan Mr Hubby. Menamatkan zaman anak dara pada usia 24tahun, terasa macam awalnya i kahwin. Tapi kalau dah bersedia dari segi mental dan fizikal, umur 18tahun pun dah boleh kahwin. Semua tu terpulang pada diri masing-masing dan yang penting kena ada rasa tanggungjawab.....pandainya bagi ceramah....

Sempena sambutan anniversary kami yang ke-2, maka i teringin nak mencoret serba sedikit tentang perkenalan kami. Lagipun sebagai kenangan dan ingatan di hari tua kelak. Masa muda ni otak tengah fresh, ingat lagi satu persatu detik perkenalan kami jadi apa tunggu lagi tulis je dalam blog. Memang untuk syok sendiri pun...HAHAHA. Kalau tak suka, tiada paksaan untuk membaca..*winks*

Perkenalan kami adalah melalui kawan sekolah menengah i; EJ merangkap sepupu Mr Hubby. Memandangkan masa tu masing-masing tengah frust menonggeng dengan 'cinta monyet', maka EJ pun kenalkan i dengan cousin dia. Mula-mula just kenal melalui sms dan telefon je, kiranya tak pernah bersua muka pun. Time tu i fikir apa salahnya kalau nak berkawan, tak semestinya kena berkahwin. Bermula la episod ber'sms' dan 'calling-calling'. Masa tu i keja kat Hartamas dan Mr Hubby keja kat Perodua Rawang. Setelah sekian lama kenal melalui handphone je, Mr Hubby pun ajak berjumpa. I pun tertanya-tanya dan nak tau juga, siapa la gerangan 'teman tapi mesra' ni.

Tanggal 7 September 2007
malam, kami pun berjumpa tapi bukan hanya 4 mata tapi 8 mata. Mr Hubby datang dengan EJ, i pulak bawa housemate i. Mula-mula planning suruh Mr Hubby datang ambil i kat rumah di Ampang tapi entah macam mana boleh tersesat pulak walaupun dah bagi direction.HEHE. Memang kalau orang tak biasa dengan area Ampang boleh konfius jugak dengan jalan yang bersimpang siur. Maka i kena la drive jumpa diorang yang dah selamat sampai kat area Victoria Station. Masa on the way nak ke sana, i dah berdebar-debar nak jumpa 'rakan' baru i ni. Handsome ke dia (handsome jugak yang difikir dulu), bergaya ke selekeh dan macam-macam lagi la yang berlegar dalam kepala otak ni. Bila dah jumpa tu, emm sedap juga dipandang mata i.HAHA...Kitorang pegi minum-minum kat restoran mamak area KLCC. Lepas dah sembang-sembang dan makan-makan kitorang pun balik. Mr Hubby pulak jenis yang pandai bersembang, tak de la i terkebil-kebil dan tersipu-sipu malu.

Dari mata turun ke hati. Disebabkan dah ada keserasian dan masing-masing suka sama suka, dengan rasminya kami menjadi pasangan kekasih pada 15 September 2007 (ingat lagi masa tu bulan puasa). Kami tak mengambil masa yang lama untuk mengikat tali pertunangan. Lima bulan bercouple, i pun menjadi tunangan orang pada 8 Februari 2008. Itu pun setelah keluarga Mr Hubby datang merisik masa Hari Raya Aidilfitri. Seriously i terkejut dengan risikan tu sebab Mr Hubby bagitau family dia nak datang rumah untuk berkenal-kenalan tapi rupa-rupanya ada agenda lain pulak. Satu family i macam tergamam. Ye la dah bagitau nak kenal-kenal dulu, kitorang pun tak de la nak expect lebih-lebih. Tapi walauapapun semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah bertunang selama 10 bulan, kami pun bernikah. Perhubungan kali ni memang sangat sangat sangat singkat. Tak mengambil masa yang lama untuk bercintan-cintun. Mungkin pengalaman mengajar segalanya. Sebelum ni bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun lamanya tapi kalau dah tak de jodoh tu tak kan naik pelamin jugak. Pengajarannya kalau rasa dia la insan yang mampu berkongsi susah senang bersama, tak perlu tunggu lama-lama....terus je masuk meminang (bagi yang berkemampuan). Nak kahwin sekarang ni bukannya senang, duit kena ada berkepuk-kepuk dulu baru boleh meminang anak dara orang. Anak dara zaman sekarang ni paling kurang pun kena sedia hantaran sebanyak RM10k. Itu tak kira lagi belanja kenduri sendiri, kalau parents sponsor lega la sikit. Kesian kan kat kaum lelaki; nak kahwin tapi duit tak cukup lagi...membebel lagi...

Tapi yang paling tak sangkanya kami sebenarnya belajar di matriks yang sama; Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Selama 1tahun di matriks memang sekali pun tak pernah bersua muka. Mungkin masa tu i belajar bersungguh-sungguh sangat kot sampai tak perasan orang di sekeliling. Mana taknya, sapa suruh SPM dapat sekadar cukup makan je. So, macam cover balik la kesilapan dulu. Lagipun kat matriks tu pun ramai sangat umat manusia, mana sempat nak perasan Mr Hubby masa tu.

Bak kata pepatah; Ikan di laut asam didarat, dalam periuk bertemu jua.

Nak mengabdikan detik-detik manis bergelar raja sehari.

Date : 12 December 2008
Venue : Lot 55 Taman Muhibah, Jitra
AKAD NIKAH





Date : 13 December 2008
Venue : Lot 55 Taman Muhibah, Jitra

RESEPSI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN




























Date : 14 December 2008
Venue : 123 Kampung Tengah, Telok Bagan, Alor Star

RESEPSI RUMAH PENGANTIN LELAKI












12 December 2010

Sudah 2 tahun kami menjadi suami isteri, terasa cepat je masa berlalu. Dah bermacam pahit manis hidup berkeluarga sudah dilalui bersama dan sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 ni kami telah dihadiahkan anugerah yang tiada nilainya, yang tiada galang gantinya.

IMAN ZUHAYR


To My Beloved Hubby
HAPPY 2nd ANNIVERSARY


Semoga kebahagiaan dan kasih sayang kita
berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

I LOVE YOU




up