Our Sweetheart


IMAN ZUHAYR BIN MUHAMMAD AIMAN



4 November 2010

7.04am

2.8kg

Putra Medical Centre




Pengalaman Berharga


Memang sepatutnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Bukannya mudah nak melahirkan anugerah dan amanat Allah ke muka bumi ni. So experience pertama melahirkan anak ini akan diabadikan dalam blog ni sebagai kenangan dan ingatan di masa hadapan. Mungkin juga akan dibaca oleh anak i kelak betapa susahnya mummy nak lahirkan dia ke dunia ni supaya dia lebih menghargai pengorbanan mummy mengandung dan melahirkannya.

Semuanya bermula pada 1 November 2010 bila banjir buruk mula melanda kawasan Kubang Pasu, Jitra bila 2 hari berturut-turut hujan turun tanpa henti. Kebanyakan laluan keluar dari kawasan perumahan i sudah ditenggelami banjir. Mujur la kawasan perumahan i di tempat yang tinggi, tak de la risau sangat rumah dimasuki air tapi risau pasal access nak keluar dari kawasan perumahan ni. Bila tengok air semakin naik dan tak de tanda-tanda nak surut, my mom pun suruh kitorang (Hubby and I) duduk rumah mertua dulu di Alor Star sampai la i selamat bersalin. Lagipun due date memang dah dekat sangat, 5 November 2010. Kalau i memang nak bersalin kat PMC jugak, i kena keluar dari kawasan perumahan ni sementara masih ada laluan keluar ke Alor Star (laluan kampung yang agak jauh). Kalau tak, berserah je la kalau kena bersalin kat Hospital Jitra; tak de Dr. Annuar lagi.....Dah memang i nak bersalin kat Dr. Annuar jugak, maka petang tu terus gerak ke Alor Star. My Mom yang tunjukkan arah sebab kitorang memang tak pernah tau pasal jalan 'dalam' ni.

Walaupun dah selamat sampai ke rumah mertua, hati tetap jugak runsing dan risau sebab Dr. Annuar pun duduk Jitra jugak dan rumah dia pun dah dimasuki air. Risau boleh ke dia datang PMC masa i nak bersalin nanti? Seriously i tak nak doktor on call yang lain.....memang demand gila mengalahkan artis jer. Sebabnya memang i dah selesa dengan dia; dari bulan pertama mengandung sampai sekarang hanya membuat check-up kat dia seorang saja. Maka tiap-tiap hari i berdoa supaya dapat bersalin kat Dr. Annuar juga walauapapun berlaku.

Pagi 4 November 2010, seperti biasa ke toilet nak membuang air kecil pada pukul 1pagi. Tengok-tengok ada tanda-tanda darah tapi dalam kadar sedikit je dan mula rasa sakit sengugut tapi sakit yang tak kuat. Tanya suami perlu ke pegi PMC sekarang sebab orang cakap kalau turun tanda darah biasanya lambat sikit nak bersalin. Lagipun i masih mampu menahan sakit senggugut tu, kiranya sakit yang tak kuat lagi. Suami pun tak tahu nak decide macam mana dan terus tanya mertua. Mertua i apa lagi terus bangun dan bersiap-siap, yang i pulak boleh lagi baring-baring, bersantai atas katil lagi.....HAHAHA. Bila mertua dah siap dan ajak pegi PMC, i pun pegi mandi dulu dan bersiap. Sebelum pegi sempat lagi minum milo dan makan buah kurma 2biji, mana tau tetiba dah nak bersalin tak de tenaga pulak nanti.

Pukul 2.30pagi sampai PMC dan bagitau receptionist yang i turun darah dan patient Dr. Annuar. Sebelum tu sempat lagi tanya Dr. Annuar ada tak. Lega gila bila dengar adik tu kata nanti diorang call Dr. Annuar. Yeay, doktor boleh datang. Lagipun doktor mesti berusaha nak datang hospital sebab ramai patient yang menanti dia, tak boleh nak ambil cuti bencana lama-lama. Tapi apa-apa hal pun kena buat check-up dulu kat Emergency Room. Jumpa Dr. Idrus, doktor yang on call masa tu. Setelah di soal siasat oleh doktor, kena la check bukaan. Maka berlaku la aksi 'seluk-menyeluk'. Sapa kata kena 'seluk' tu tak sakit weh...HUHU. I siap terjerit lagi; nurse dan doktor pun suruh i tahan nafas. Walaupun dah tahan nafas, tak mampu menahan kesakitan tu. Lagipun first experience, macam terkejut la sikit. I budget check bukaan di bahagian depan je, rupanya tidak...check bukaan adalah di bahagian dalam sana. Masa tu bukaan dah 3-4cm, maka i kena admit ward. Terus di bawa masuk ke Labour Room.

Pukul 3pagi masuk Labour Room, nurse bagi ubat untuk buang air besar. Selepas membuang air besar, kena check bukaan lagi oleh nurse. Sungguh ngeri bila dengar kena check lagi. Tapi nak buat macam mana, prosedur harus diteruskan. Maka menjerit la i sekali lagi dan bukaan masih sama, 3-4cm. Lepas tu check heart beat baby dengan alat diorang selama 30minit. Masa ni contraction setiap 5minit. Memang tak tahan betul dengan penangan contraction ni. Setiap kali sakit hanya mampu membaca 'Lailla hailla anta subha nakainni kuntuminalzholimin' sepanjang contraction. Disebabkan tak mampu menahan sakit, i nyaris-nyaris nak mengambil epidural. Bertanyakan nurse kaedah apa yang ada untuk menahan sakit. Dia pun bagi la penerangan serba sedikit; samada ambil epidural atau cucuk ubat tahan sakit di paha. Kalau ambil epidural, pakar bius yang kena buat dan menggunakan mesin untuk mengawal kadar dos ubat. Memang akan rasa kebas dari pinggang ke bawah masa contraction tapi bila sampai masa untuk bersalin, sakit tu akan dirasai jugak untuk 'push' baby. Kalau cucuk ubat tahan sakit di paha, ia sedikit mengantuk dan mengurangkan sedikit sahaja rasa sakit. Mulanya i serba salah nak pilih yang mana satu. Kalau boleh memang la tak nak ambil epidural tapi i tak tau berapa lama lagi i perlu bertahan dan kalau nak ambil epidural kena check bukaan sekali lagi. Hubby kata kalau tak tahan ambil je la, dia tak kisah pasal bayaran. Nurse pun bagitau kalau nak ambil epidural kena inform awal-awal sebab nak call doktor bius.

Mula tu memang dah nekad nak ambil epidural, siap dah check bukaan sekali lagi. Nurse cakap dah 5cm dan tetiba doktor Annuar pun sampai dalam pukul 5pagi. Di check sekali lagi bukaan dan kali ni dah 6cm dan doktor pun terus pecahkan air ketuban dan i masih dengan keputusan i nak ambil epidural. Disebabkan bukaan dah 6cm, salah seorang nurse kat situ advise i tak perlu ambil epidural sebab macam rugi la. Epidural advisable kalau bukaan baru 3-4cm. Betul jugak cakap nurse tu, macam rugi la pulak kalau ambil epidural kalau bukaan dah 6cm. Nak tunggu 4cm je lagi untuk meng'keluarkan' baby. Maka setelah memikirkan semasak-masaknya i pun pilih untuk ambil ubat tahan sakit yang cucuk kat paha tu. Tapi sebelum tu nurse kena meng'clear'kan dulu pundi kencing i dengan menggunakan tiub bagi memudahkan laluan untuk baby keluar. Masa ni contraction boleh dirasai setiap 2minit. Suami memang sentiasa menemani i sepanjang i sakit dan bersalin. Habis lunyai tangan suami i genggam tiap kali contraction datang.

Makin lama contraction makin kuat. Tak sempat i nak bernafas, sakit tu datang balik. Sampai satu tahap i rasa macam nak membuang air besar. I bagitau nurse dan dia pun suruh i push. Dengan sekuat hati i push, dapat rasa something keluar kat bawah tu. Siap boleh tanya nurse lagi "tu t**i ke?"...HAHAHA. Rupa-rupanya bukan, sebenarnya darah yang keluar. Bila nurse confirm dah tiba masa untuk i bersalin, dia pun call doktor Annuar inform 'everything is ready'.

Maka masa yang dinantikan pun tiba. Semua kelengkapan disediakan dengan sepantas kilat. Nurse bagitau bila rasa sakit contraction baru push dan sebelum tu kena ambil nafas dalam-dalam. Sememangnya amat sukar nak mengeluarkan bayi. Dah tak terkira berapa kali i push, ingatkan 2,3 kali push baby dah boleh keluar tetapi tidak. Bayi baru dalam perjalanan nak ke 'jalan keluar'. Semua orang (suami, doktor dan nurses) memberi semangat kepada i untuk meneruskan usaha. Bila doktor dah nampak kepala baby, doktor pun cakap "Kali ni saya akan tolong"....maksudnya doktor akan menolong baby keluar dengan menggunakan vakum. Still i kena push sampai rasa satu benda besar kat bukaan tu. Rupa-rupanya itu la bahu anakku. Anak i disambut doktor dengan laungan azan sambil dia memotong tali pusat. Bagus kan doktor Annuar ni, sebab tu ramai yang datang jumpa dia...:))

I sempat tengok kejap anak i yang masih kebiru-biruan sebelum i terjelepuk kepenatan. Yang i dengar doktor cakap akan bagi ubat tidur, so dia boleh jahit bahagian luka tu. Selepas tu i dah tak tau apa yang berlaku. Layanan yang diberikan oleh pihak hospital (doktor dan nurses) adalah yang terbaik. Kalau ada rezeki lagi, anak-anak yang akan datang pun i nak disambut oleh Doktor Annuar.

Sekarang dah tak berapa ada masa nak ber'blogging'...sibuk dengan si kecil ni. Kena tunggu dia besar sikit baru akan kembali aktif...YE LA TU...

Dah...nak berehat pulak sementara si kecil ni tidur....




up