Family Potrait


Setelah sekian lama menanti dan dah beberapa Syawal telah berlalu baru la dapat men'tayang'kan gambar family ni
. Haruslah excited sebab pertama kali bergambar secara beramai-ramai tapi yang pasti memang tak akan complete sampai bila-bila sebab arwah ayah dah lama meninggalkan kami. Sudah 9 tahun dia pergi mengadap Ilahi dan kami redha dengan ketentuanNya. Al-Fatihah untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


One Happy Family

(Front; Left to Right) : Me(Ku Nuha), Ku Nor Shafikah, My Mom(Jamaliah Din),
Ku Nor Safiyyah, Mak Su(Dalila Din), Aireen Sofea,
My Sis(Ku Irni), Muhammad Rayyan Hareez
(Back; Left to Right) : Mr Hubby(Muhammad Aiman), Lil' Bro(Ku Azwan),
Big Bro(Ku Aswat), SIL(Nor Khalilah), BIL(Mohd Hasry)



Mula-mula ingat nak ambil gambar the whole family je, tetiba kakak dan BIL nak ambil gambar family diorang pulak. Lepas tu dari satu family ke satu family la bergambar. Bukannya selalu pun, entah bila lagi la nak datang bergambar kat studio. Disebabkan masa nak ambil gambar dah kena queue panjang (rupa-rupanya ramai jugak orang nak bergambar kat studio masa Hari Raya), maka kami menggunakan peluang yang ada sepuas-puasnya...HEHE


Family Abang



Family Kakak



Family Ku

'Just the two of us and the little pie inside my womb'


Makluman : Dah nama pun studio photoshoot, maka background tu senada je la...yang pasti orang kat depan tu berubah-ubah.


Ini je la gambar Hari Raya yang dapat dikongsi bersama sebab raya kali ni memang tak de gambar candid ke, posing-posing outdoor ke.....memang tak de hati nak pegang kamera tapi ada hati nak makan banyak.



Bila Dah Dapat Duit......

Tengah dalam keadaan keMARAHan yang melampau.

Ini pasal photoshooting kat studio masa Hari Raya Pertama. My Mom minta diorang siapkan gambar kitorang (cuci + framing + cd) secepat mungkin sebelum 19 September 2010 sebab time tu Mr Hubby orang yang terakhir akan pulang ke KL. So boleh la dia bawa gambar-gambar tu untuk Abang dan Kakak i.

Tapi pada tarikh tu diorang hanya sempat siapkan cuci + framing tanpa cd dan minta kitorang ambil cd lepas ni...Ok it's fine, tak kisah lagi.

Selepas seminggu dari hari My Mom ambil gambar, i dan My Mom pegi pulak kedai tu nak tanya pasal cd..ye la dah seminggu tak kan la seminit pun tak sempat nak burnkan gambar dalam cd kan.....Dalam kehujanan yang lebat My Mom redah jugak hanya kerana sekeping cd
TUP TUP.....
Boleh dia kata datang ambil esok sebab tak buat apa-apa pun lagi, nak kena cari dulu gambar-gambar tu...
WTHELLooooooo
*
*
*
*
*
*
Mentang-mentang dah dapat bayaran sampai 6-7ratus ringgit, boleh pulak buat-buat tak ingat pasal cd kitorang ye. Mana tak dapat beratus-ratusnya gambar untuk 1 whole family ada 5keping + gambar family My Bro 1keping + gambar family My Sis 2keping + gambar Me and Hubby 1keping. Setiap gambar 11R including framing dah RM80....so, kira la sendiri berapa dia dapat. Itu baru family i.....tak kira lagi family-family lain cuci berapa banyak.
Dah dapat beribu-ribu masa hari raya tu terus berasap kepala otak, terus tak ingat apa yang pelanggan nak. Nasib baik kitorang pegi tanya kalau tak raya tahun depan pun tak tentu dapat cd tu.

Buka kedai gambar tu bukannya baru sehari, dah berpuluh tahun pun. Tak kan la tak tau kot orang ambil gambar bukan hanya nak simpan hard copy, soft copy wajib la nak jugak. Masa zaman guna filem tu, tak payah bagitau pun pandai pulak bagi sekali filem-filemnya. Sama la konsepnya sekarang ni cuma dah di'upgrade' ke cd pulak.

Memang marah tahap maksima nih.

Jadi aktiviti meng'upload' Family Portrait terpaksa ditangguhkan lagi.
*
*
*
*
*
*
IKLAN

Tahniah kepada ABUN & Isteri
(ex-officemate SKALA)
dengan kelahiran cahaya mata sulung; BABY GIRL
pada 24 September 2010
3.4kg; pada pukul 1.48ptg




Penantian Satu Penyeksaan


Memang penantian tu satu penyeksaan. Bila la nak dapat kunci rumah ni? Memang dah tak kesabaran nak memasuki rumah baru walaupun bila dah dapat kunci takde la terus nak pindah tapi dah boleh start sikit-sikit apa yang patut untuk Rumahku Syurgaku. Sekarang ni hanya menunggu CF je la; bak kata Developer dalam hujung tahun ni boleh dapat kunci. Seharusnya perkara pertama akan dibuat setelah mendapat kunci adalah memasang Grill. Bolehlah kami mengangkut barang-barang (masa duduk KL dulu) yang berkotak-kotak kat rumah FIL tu. Nasib baik la rumah FIL masih ada banyak ruang untuk barang-barang kami tu, nak harap rumah My Mom harap maaf je la; tak de sikit pun ruang kosong. Memandangkan bulan 5 tahun depan Ihsan a.k.a adik ipar nak kahwin, maka dengan segala hormatnya dipersilakan barang-barang tersebut keluar. Memang la FIL tak kata apa-apa pun tapi sendiri mau ingat la. Bila tiba masanya memang kena kemas jugak barang-barang kitorang kat atas rumah tu. So, tak nak memeningkan kepala nak pikir kat mana nak simpan, memang berharap sangat-sangat mendapat kunci rumah secepat mungkin. Senang cerita......FULL STOP....


Post Guard Taman Gemilang


Hari-hari lalu hanya mampu memandang post guard ni je la. Bukan tak boleh masuk kawasan perumahan ni tapi kalau masuk pun still tak boleh masuk rumah kami..Kuncinya tiada..Tapi kepada rakan-rakan dan ahli keluarga jangan la rasa menyampah nak datang rumah kami nanti hanya disebabkan ada pakcik guard ni. Pakcik guard ni bukan macam pakcik guard Universiti yang memerlukan kita isi buku pelawat; hanya menunjuk ID Card, di scan dan boleh meneruskan perjalanan ke rumah kami.


Selain penantian kunci rumah, penantian bayi kami lahir juga satu penyeksaan...Bukan la penyeksaan yang tak sanggup dihadapi tapi penyeksaan dalam ketaksabaran (apa ni ayat putar belit...buat-buat faham sudah la). Tak sabar nak gomol-gomol, uli-uli, peluk-peluk, cium-cium cinta hati kami ni. Di akhir-akhir kehamilan ni terasa lambat je masa berlalu dari hari ke hari tapi masa awal-awal dulu rasa macam 'eh eh dah 6,7bulan aku mengandung rupanya'...Mungkin sebab asyik dok belek kalendar kot..HAHA. Lagipun dalam bulan September dan Oktober ni memang ramai kenalan yang bersalin sebab tu i pun jadi tak sabar.


"Sabar Mummy....sebulan je lagi...;)"


Semalam i pegi melawat anak jiran yang baru bersalin. Dia pun bersalin kat PMC; Dr Annuar jugak, mana tak nya Dr Annuar tu sedara mara diorang. Apa lagi i pun meng'korek' pengalaman dia bersalin dan seharusnya bertanya rate bersalin normal kat PMC; boleh la budget kewangan..Mudah-mudahan i dapat bersalin secara normal, memang kalau boleh i tak nak di caesar tapi semua tu urusan Dia. Kalau itu yang terbaik kena la menerimanya dengan redha. Tapi caesar ni memang akan mengalami kesan jangka panjang...Wallahualam.


Walauapapun diharap ibu dan anak kelak dalam keadaan sihat dan selamat.


Amin......



Lebaran 2010


Mungkin tak terlambat lagi kot nak mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA

Disebabkan masih ada perasaan beraya walaupun tak pegi beraya rumah orang, jadi macam malas lagi la nak menulis banyak-banyak. Lagipun otak masih tepu dengan makanan raya especially ketupat dan rendang.
Layan je la gambar yang tak seberapa ni.........


Tart Gulung


Chocolate Chip


Peanut Butter

Actually ada lagi biskut raya dan kek yang dibuat sendiri tapi tak berapa sempat nak snap picture; Biskut Oat, Tart Bunga, Kek Buah dan Kek Coklat.
Yang pasti ketupat dan rendang Che Yah (My Mom) memang terbaik la sampai pegi check-up baru -baru ni darah i naik sikit...huhu


Ketupat Palas


Rendang Daging






Mee Kari pun ada

Beraya time pregnant ni memang mencabar keimanan selain dapat makan sedap-sedap. I terpaksa beraya dalam pepeluhan yang terlampau. Seriously rasa macam nak mengamuk je bila peluh mengalir macam air terjun...Tapi terpaksa bersabar; tak kan la tak nak pegi beraya rumah adik-beradik hanya disebabkan oleh PELUH.

Raya kali ni pun tak banyak bergambar tapi kitorang ambil gambar se'family' di studio. First time dalam sejarah kehidupan. My Sis la beria-ia nak bergambar kat studio tambah lak raya kali ni family dia beraya di Kedah dulu, so cukup la korum. Nanti akan ditayangkan secara beramai-ramai, gambar tak siap lagi......Diharap bersabar.


Papa, Mummy and Baby yang terlindung


BIL, My Sis, Aireen and Baby Rayyan




up