Malu-malu Ye.....



Hari Ahad lepas I pegi buat 3rd Antenatal Check-up......As usual pagi-pagi lagi dah terpacak depan Pusat Rawatan, punya la nak amik nombor yang awal-awal tetapi Mr Doc lambat jugak sampai, maybe ada orang bersalin pagi tu sebab tu la dia masuk pukul 9.30am (ooowwwhh sungguh penat bekerja sebagai doktor ni tapi gaji yang masuk sungguh lumayan especially yang buka klinik sendiri)

Turn I untuk dipanggil masuk adalah yang ke-4 kiranya awal jugak la....seperti biasa pemeriksaan tekanan darah, timbang berat badan dan yang paling I tunggu-tunggu.......MR SCAN...Masa ni la baru boleh melihat perkembangan bayi dan dia membesar dengan sihat. Sekarang sudah 147g, bersesuaian dengan berat ibu hamil ni yang naik setiap bulan 1kg. Tapi kali ni hanya menampakkan kepala, tulang belakang, tangan dan kaki...waahhhh baby bermain Peek A Boo dengan Mummy dan Papa......dia membelakangi kami (tak baik tau berbuat begitu dengan ibu bapa kamu...HAHAHA). Mentang-mentang la ada banyak ruang untuk bergolek, jadi dia malu-malu nak menunjukkan muka lagi......tak pe kami tunggu masanya untuk gomol-gomol kamu si kecil....Mr Doc cakap minggu ke-20 baru boleh merasai pergerakan dan tendangan-tendangan lembut bayi. Sekarang ni masih belum merasai apa-apa.

Habis je saat bergembira melihat bayi, Mr Doc mengkhabarkan yang darah I naik sikit tapi dari air kencing tak de protein (kiranya tak kritikal) dan Mr Doc akan memantau dari masa ke semasa....Ouhhh sungguh ingin mengelakkan daripada mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil sebab boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Adakah sebab I memakan raja segala buah ni yang menyebabkan darah I naik??




Lagipun kat rumah I hari-hari ada durian sebab arwah ayah tanam pokok kat sebelah rumah je dan tiap-tiap musim memang menjadi la durian ni. Ada sebatang je pokok tapi buah dia banyak sehingga tak terkira, tu pun dah banyak yang bagi kat orang. Tak larat la nak menghabiskan satu pokok tu, last-last semua orang dalam rumah ni dapat darah tinggi pulak. My Mom kata mungkin sebab I tak banyak exercise kot sebab tu darah naik. Lagipun masa My Mom pregnant kami empat-empat orang tak de pulak kena darah tinggi....

Dalam buku Kehamilan ada ditulis tentang Makanan Penurun Darah Tinggi.....so boleh la mencubanya..

COKLAT - Sedikit coklat sudah cukup mengandungi magnesium yang membantu melancarkan pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah. Kalau tak suka coklat boleh mencuba makanan lain yang mengandungi magnesium seperti bayam, avokado, gandum.

PISANG - Buah ini membekalkan sumber zat potassium yang membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan pembekuan cecair dalam tubuh. Kandungan yang sama juga terdapat dalam kismis, bayam dan yogurt.

IKAN - Kandungan Omega 3 dalam ikan membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun hindari ikan yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi seperti tuna dan mackerel.

OREN - Kaya dengan vitamin C yang membantu mengurangkan penyempitan arteri dan menurunkan tekanan darah. Vitamin C juga terdapat dalam anggur, kiwi dan strawberi.

Yang penting jangan terlalu memikirkannya, lagipun bukan ditahap yang kritikal sangat. So kena jaga pemakanan yang sihat; banyakkan makan buah-buahan, kismis dan kurma...Last but not least....pegi buat senaman sikit. (OK....petang ni jugak pegi bersenam tapi nak bersenam kat mana ye????)












Mentor 4

Semalam sempat melayan Mentor 4 di TV3, Kumpulan A bertanding bagi minggu ke-2. Mentor dan Protege bagi Kumpulan A ialah :

Joe Flizzow & Ila



Mas Idayu & Shaq



Ameer & Nani



Bagi pendapat I, Mentor ni lebih menarik daripada AF8 sebab peserta-peserta dia memang mempunyai suara yang sedap didengar walaupun ada juga sesetengah peserta yang 'ke laut' je pun menyanyi. At least boleh lagi la diterima dan masih lagi mampu menahan telinga ni. Yang pasti dah boleh pilih peserta favourite masing-masing. Kalau nak dibandingkan dengan AF8, seriously tak tau siapa yang layak menjadi juara. To be frank, I memang tak layan Konsert AF tapi hanya melayan Diari AF. Itu pun sebab nak tengok keletah-keletah cikgu-cikgu dalam akademi dan part yang I suka bila tengok kelas tarian Linda Jasmine.

Berbalik pada kisah Mentor ni, peserta favourite I bagi Kumpulan A pastilah Ila.....suara dia sangat sedap dan sangat sesuai dengan rentak R&B yang dibawanya. Mentor dia pun; Joe Flizzow jenis gila-gila. My first impression kat Joe ni, I ingat dia macam sombong dan jenis speaking je tapi bila tengok Mentor baru la nampak the true colour of him...jenis yang suka membuat lawak la jugak. Jenis yang cool je.

Minggu ke-2 ni sangat berpuas hati dengan pemarkahan yang diberi sebab Ila berjaya menjuarai pertandingan ni, baru rasa yang juri professional membuat penilaian yang sewajarnya...Minggu pertama dimenangi oleh Shaq yang pada pendapat I tak la se'best' mana pun. Mungkin markah kasihan yang diberikan oleh juri sebab Mas Idayu asyik dok hebohkan tentang kesakitan tekak yang dialami oleh Shaq.....Tapi ternyata selepas dah tak sakit tekak pun suara dia ke laut jugak; ayat-ayat yang disebut memang tak jelas langsung dan kedengaran suara dia macam tak nak keluar je pun (jangan marah ye peminat-peminat Shaq, ini pendapat masing-masing)

Yang paling berpuas hatinya dengan Mentor ni sebab pemarkahan bukan 100% daripada undian SMS. Kalau tak, entah siapa-siapa la yang jadi juara nanti...At least 50% markah adalah daripada juri professional yang lebih tahu menilai siapa yang boleh menyanyi; tak de masalah pitching. Kalau ikutkan SMS, siapa yang ramai kroni atau peminat la yang akan menang, tu pun tak tentu lagi suara best ke tak.

Apa pun pendapat yang diberi, yang pasti kesemua peserta ni mampu memberi persaingan yang hebat antara satu sama lain....


*Gambar kat atas tu masa pertandingan Minggu Pertama.........Review untuk Mentor Kumpulan B kalau I rajin I buat la sebab masih belum jumpa peserta favourite lagi dalam kumpulan tu.











Loneliness


Setelah 1bulan sentiasa dikelilingi gurau senda dan riuh-rendah suara kanak-kanak, tetiba keadaan menjadi sunyi sepi atau dalam bahasa orang putehnya 'Back to Normal Life'.....Terasa sangat dengan kepulangan mereka ke Kuala Lumpur. Sedih, rindu semua pun ada especially My Mom, tak dapat lagi nak mengulit cucu-cucu setelah penat bekerja seharian. Kalau My Mom balik kerja dah tak dengar panggilan 'Aireen' dan sahutan dari mulut comel 'Yae...Mak Tok'.

Rindu serindu-rindunya........

Yang paling merasai kepulangan mereka tentu la i, dah tak de 'sahabat dan peneman' di kala Mr Hubby bekerja. Kalau tak, ada jugak la orang nak diajak bersembang atau bergosip atau membuat lawak bengong tapi sekarang dah kena jadi bisu sampai la My Mom atau Mr Hubby balik keja...sangat sadis kehidupan ku.

Dalam masa sebulan tu terisi la jugak masa dengan melayan budak-budak comel tu. Melayan Aireen yang banyak cakap dan mengomol-gomol baby Rayyan yang dah bulat. I suka sangat cium baby sebab walaupun baby tak mandi lagi, dia tetap berbau wangi, mungkin bauan syurga kot....HEHEHE. Baby Rayyan tak meragam sangat, senang nak jaga. Menangis bila lapar dan pampers dah penuh. Selain kejanya tidur, dia suka menggagau-gagau dan sekarang ni dah pandai tengok orang nak suruh dukung, dah pandai tercari-cari kalau orang panggil nama dia. How adorable the baby is..........macam mana la ada orang sampai hati nak buang-buang bayi kan. First day tengok baby je terus jatuh sayang.

Kenapa la kena berjauhan dengan My Sis??? My Sis ni adalah my 'bestfriend' dalam family i. Memang rapat giler tapi masa kanak-kanak selalu bergaduh macam anjing dengan kucing. Lepas masing-masing dah masuk sekolah berasrama penuh baru la kamceng. Kiranya kalau dok dekat-dekat asyik nak gaduh je, bila berjauhan baru tau nak menghargai. Bermula dari situ la menjadi begitu rapat dengan My Sis sampai sekarang, sampai dah beranak-pinak. Masa My Sis dok Kampung Baru dan i di UKM, selalu gak la gi menyemak kat rumah sewa dia. My Sis ni memang survivor la orangnya, dari zaman sekolah sampai la bekerja. Semua susah senang buat sendiri je; naik bas balik ke STF (belajar tempat jauh-jauh dari rumah), even masa awal-awal keja gi naik train dan bas sebelum beli kereta sendiri. Ingat lagi kenangan zaman muda-mudi dengan My Sis, dia la sahabat terbaik i...Yang pasti My Sis tak pernah berkira dengan family, tu yang best tu. Kalau kesempitan wang tu, dia la tempat mengadu.......Lepas i kawin pun My Sis and family selalu datang melawat kitorang kat Ampang; lepak-lepak and makan-makan. Ku Irni Ku Adnan.......'You rock the world. Love you Sis'

Yang pastinya masa my confinement nanti, make sure U a.k.a My Sis turun padang okey.... Menjaga i seperti mana i menjaga u sebelum ni.....HEHEHE (tuntut balik tu)


My Sis and Hubby












up