Melepaskan Ia Pergi


Tajuk tak mau kalah tu....tapi itu la kenyataan dan realiti yang terpaksa dihadapi...mungkin bukan rezeki kami untuk memilikinya lagi....sob sob sob. Terasa ralat dan sedih la juga sebab impian tak menjadi kenyataan....

Apa ni ayat bukan main berpuitis dan madah berhelah nih.......????

Ini la luahan rasa sayu dan sedih dari hati yang paling dalam especially mengenangkan Mr Hubby yang kekecewaan tak terhingga. Semua tu impian dia dan ada jugak serpihan-serpihan impian i...

Apakah? Apakah? Tolong la jangan melalut dengan lebih panjang lagi.....

OK ok bertenang semua......sebenarnya kami tak berjaya memiliki HP Touchsmart TX sebabnya telah habis di pasaran tempatan.....sangat kecewa. Dah lama berimpian nak memiliki Touchsmart tu (impian Mr Hubby yang lebih). Hanya menunggu ketika dan waktu je nak pegi sambar kat kedai tapi kami terlajak menunggu dan akhirnya mampu terkebil-kebil dua-dua orang sebab kempunan.

Sebelum ni memang dah pegi survey-survey pun tapi macam nak tunggu harga di pasaran turun sikit lagi rupa-rupanya tak sempat nak turun harga semuanya dah disambar dengan rakusnya oleh manusia-manusia....Masa pergi KL aritu Mr Hubby ada gi survey kat The Mines, dia malas nak ke Low Yatt...Dalam banyak-banyak kedai komputer, hanya sebuah kedai je yang jual Touchsmart tu tapi tak de lak nak bagi free gift. So kitorang ingat nak beli kat Sentosa je (kat My Hometown, ala-ala Low Yatt gak) sebab pernah tanya kat situ dia bagi 10 free gift...sapa tak mau beb....

Dengan semangat berkobar-kobar dan penuh keyakinan, pegi la ke Sentosa (kat situ pun ada sebuah je kedai jual Touchsmart)...Sampai-sampai je "Eh...mana laptop tu, kenapa tak display?" dan tokey kedai pun muncul....

Tokey : Ya Boss.......mau cari apa?
Mr Hubby : Touchsmart ada ka?
Tokey : Oooo....dah habis la...
Mr Hubby : La....ya ka? Cepatnya habis....em terlambat sket la
Tokey : Lama dah habis....bulan 12 lagi...

Gulllppppp....(WT..) bulan 12 lagi dah habis???? Tanya tokey tu pun dah tak de stock baru..HP dah macam tak nak keluarkan design ni...Why? Why? Why? I pun tak tahu kenapa. Jadi kami pun balik rumah dok diam-diam dan menangis dalam hati dan ada gak rasa tak puas hati kenapa HP tak nak keluarkan lagi....keluarkan satu untuk kami pun cukup la.

Mari la kita melayan sikit gambar Touchsmart tu.....






















Kitorang nak beli Touchsmart ni bukan la sebab tergila-gilakan sangat new gadget ni, bukan juga disebabkan oleh skrin yang boleh dipusing 360 darjah tu....Memang disebabkan ke'cun'an dan ke'stylo'an dia tapi apa yang lebih penting ialah fungsi dia kepada Mr Hubby untuk membuat sketches di atas skrin tu. Itu lah kepentingannya yang tak terhingga.......

Senang la Mr Hubby nak buat sketches...tak perlu lagi nak sketch atas kertas pastu scan or ambil gambar untuk simpanan masa hadapan. Nak buat coloring pun senang, dah puas sketch boleh terus save dalam laptop dan kepentingan untuk i hanyalah untuk bermain internet dan game dengan laju....HAHAHAHA.

Tapi tu semua hanya tinggal impian je la.....kesian Mr Hubby tak merasa nak mengasah skill atas skrin tu......



The New Born


Muhammad Rayyan Hareez Bin Mohd Hasry


Fuuuhh.....panjang dan berbelit-belit lidah nak menyebutnya...Macam mana la nek nak sebut nanti. For sure punya jadi nama lain....HAHAHAHA. Macam nama kakak dia Aireen Sofea dah jadi Ainin Sapian....asalkan bunyi nak dekat sama cukup la....

Tu la nama untuk My Sis's new baby, 2nd child and the 1st boy among his cousin (anak-anak abang)....nanti balik rumah Mak Tok, habis dia tolong kemaskan rumah....dah la rumah Mak Tok banyak perhiasan kaca...tu pun My Mom planning nak buat kolam ikan...nanti tengok-tengok ikan dok kat luar, cucu-cucu yang dok dalam kolam tu...

Sempena kelahiran the new baby, kitorang pun pegi la membuat lawatan dan menjaga orang berpantang kat Bangi...Pegi hari Sabtu, balik hari Rabu..




Kakak yang tak nak bergambar....
asyik dapat gambar belakang jer


Pegi sana i la kena jadi assistant to My Mom...membantu apa yang patut, tolong masakkan lauk untuk pesakit, jerang air untuk mandi.....kalo dok KL daun-daun untuk mandi tak banyak sangat ada tapi masa i miscarriage dulu, air untuk mandi penuh dengan daun-daun...tu yang best tu, air dia pun berbau sangat kuat (tak de la bau wangi atau busuk, bau daun-daunan je la)...Daun-daun yang selalu orang-orang kampung guna untuk mandi masa berpantang; daun pisang kelat, daun inai, daun mengkudu.....

Pegi sana baru i tau orang KL tak bertungku sangat, kalau ada pun diorang guna batu je tapi kalau kat Utara memang ada batu tungku khas....boleh tahan la beratnya dan tahap kepanasannya boleh tahan lama....Amalan bertungku ni penting untuk menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan darah. So kalau nak dapat balik bentuk badan idaman, pastikan anda bertungku selepas bersalin dan jangan ambil mudah amalan-amalan orang-orang tua....

Part paling best bila ada baby ni masa cium dia....wanginya walaupun dia tak mandi lagi....bau-bauan syurga kot...i sangat suka mencium baby dan dah pandai angkat baby yang baru lahir. Kalau dulu memang tak berani sebab kepala baby lembut lagi, tapi sekarang dah terror...maksudnya i dah bersedia mental dan fizikal nak menjadi mummy....AMIIN...Insyaallah kalu dipermurahkan rezeki.....








Aireen sejak beradik ni sedikit cranky....mudah sensitif, tak boleh marah sikit....mula merajuk pastu nangis...mungkin sebab dia rasa dia dah ada pesaing yang baru...mesti la apa-apa hal baby diutamakan dulu...dia jadi jeles. Masa kitorang pegi sana pun tak habis-habis buat perangai tapi bukan selalu la, ada time gak....menangis nak mama basuh poo poo, tak nak Mak Tok basuhkan (masa tu papa dia gi ofis jap)...My Mom angkat juga gi bilik air, meraung bukan main...satu taman boleh dengar rasanya. Menangis sampai muntah-muntah...Petang tu bila Mak Tok nak bawa gi Park, nak pulak Mak Tok basuhkan poo poo...Budak-budak, macam-macam la karenah diorang. Sabar je la....


Rayyan is smiling....
kitorang selalu kata "mimpi syurga tu"....




Rayyan seronok tidur tak dibedung...
boleh freestyle


Tak sabar nak tunggu My Sis balik berpantang kat sini...Tiap-tiap hari boleh mengadap muka baby...








Saya Budak Ingin Belajar

Peringatan : Post ni agak panjang, kalau sanggup sila baca kalau tak sila tutup


Dalam Delima

Terasa nak belajar balik tapi banyak benda dok berlegar-legar dalam kepala otak ni. Nak belajar sebab nak perabih duit Mr Hubby....eh tak de....nak belajar sebab nak tambah ilmu di dada,

TAPI

Kita Hanya Boleh Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Disebabkan malas nak serabutkan kepala, just follow the flow.....
Niat murni tu memang sentiasa ada dalam jiwa tapi berserah je la pada rezeki Allah
mana yang terbaik sebab Dia Yang Maha Mengetahui




Sebut pasal belajar tetiba rindu dekat zaman belajar dulu, zaman jadi budak
Architecture Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dah la first batch, terkontang kanting kitorang (mungkin i je kot) nak menyesuaikan diri dengan architecture....ye la dah la tak de senior nak refer, kalo buat keja tu memang syok sendiri.
Tapi masa zaman sekolah rendah, bila orang tanya bila besar nak jadi pe?
Laju je jawab nak jadi arkitek
Tapi realitinya memang tak tahu dengan mendalam apa tu Architecture
Dengar orang cakap arkitek kaya, buat bangunan
terus cita-cita nak jadi arkitek, ni pengaruh adik beradik.....
sebab i memang takut nak jadi doktor, takut dengan darah
apa lagi cita-cita yang hebat masa tu?
Doktor, Lawyer, Arkitek je la
Tak nak jadi cikgu sebab my family dah ramai jadi cikgu, nak kelainan la pulak
Bila Mind Set dah macam tu,
lepas SPM je terus apply architecture tanpa berpikir panjang, apatah lagi nak search pasal architecture ke...tak de inisiatif langsung. Yang pasti berdoa supaya dapat further study dalam architecture. Alhamdulillah....disebabkan time matriks belaja bersungguh-sungguh, keinsafan sebab SPM dapat teruk sangat, maka pilihan pertama nak ke UKM dalam bidang Architecture pun tercapai.....

Excited sangat-sangat sebab dapat dan serius tak tau
I am going to be the First Batch...
Pilih UKM sebab paling jauh universiti yang nak pegi hanya sekitar KL, UTM Skudai memang dah tolak jauh-jauh sebab My Sis pernah belajar kat Sekolah Tun Fatimah, JB
Ya Rabbi....perjalanan nak ke sana dari Kedah memang sangat sengsara.
Tak tahan tu perjalanan yang sebegitu jauh.

Bermula la perjalanan hidup sebagai student Architecture. Memang tak terbayang langsung apa benda nak kena belajar, macam mana student life nanti, dah la tak de tempat rujukan....hanya ada 2,3 orang lecturer je masa tu (sebab baru nak set up)

Warning : This is my personal opinion

Memang study shock la time tu....Whaaatttt????? Kena stay up??
owhh....i bukannya jenis boleh berjaga lama-lama, memang jenis tak tahan kalau tak tidur dan sangat benci kalau tak boleh tidur, rasa macam nak mengamuk/moody kalau tak boleh tidur...HAHAHAHA (memang kaki tidur malam)
Sentiasa berada dalam keadaan tension bila time kena buat design
Memang bukan budak architecture sejati

Masalah utama bila jadi budak architecture ni, transportation.
Bila kena stay sampai pukul 10malam, mana ada bas lagi yang nak hantar balik kolej.
Sama ada nak balik jalan kaki atau tidur je la kat studio.
Kalau jalan kaki ramai-ramai tak pe gak, kalau sorang-sorang simpang malaikat 44. Dah la UKM tu besar, jadi apa-apa nanti sapa yang susah.....harus la My Mom...
Dah la tak reti bawa motor sebab tak di'train'.....lagipun kat rumah memang tak de motor, My Mom tak bagi belajar...bahaya katanya.
Jadi terpaksa la menumpang motor rakan-rakan yang baik hati.
Dah menumpang, kena buat cara menumpang la....bukan suka-suka hati je nak naik. Kalau tuan punya motor tak nak balik kolej lagi, pandai-pandai la kalau diri sendiri nak balik sangat-sangat.....Tu pun selalu tumpang kalau kena stay back malam-malam. Kalau siang-siang boleh lagi nak berjalan ke studio, boleh exercise sebab tu time belajar i slim tapi sekarang dah macam ikan buntal.
Kalau ikutkan time tu memang nak bawa keta (mungkin akan lebih berjaya....alasan) tapi disebabkan keta yang ada kat rumah masa tu tak boleh nak bawa jauh-jauh...terpaksa la pendamkan hasrat murni tu. Tak kan la nak minta My Mom beli keta baru kot, lagi la tak sampai hati....redha je la menjadi pembonceng yang setia.

Yang Pasti

Nak habiskan degree ni cepat-cepat.....dan berjaya graduate

Sampai sekarang i still tak puas hati dengan pencapaian masa kat Universiti. Mr Hubby kata zaman U dia yang paling best sekali tapi i tak.....rasa macam terpaksa je, rasa macam tak de life (nak life macam mana lagi??) emm entah la....kalau dulu tengok kawan-kawan lain (bukan student architecture) diorang happy dengan pilihan course masing-masing, semua benda bukannya senang tapi at least diorang enjoy........
TAPI i happy bila dengan budak-budak studio je, bila kena buat design i tak enjoy pun
jadi macam mayat hidup, ikut je apa yang disuruh tanpa ada perasaan teruja.
Sekadar nak habiskan sem tu je...

Untill now I keep blaming myself

Kenapa la pilih Architecture?
Kenapa la pilih UKM?
Kenapa la tak buat research dulu sebelum apply

Perkataan Kalau.... pun selalu bermain-main kat kepala ni

Kalau la tak amik architecture, mesti dah berjaya jadi ..........
Kalau la dulu ambil ........., mesti sekarang dah jadi ..........

Sebenarnya tak baik asyik berkalau-kalau, macam tak meredhai apa yang dah tertulis....That's why i tak ambil hati sangat...mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada anak-anak i kelak....

Pernah cakap kat Mr Hubby

" Nanti kalau anak kita nak belajar, yang perempuan tak nak bagi ambil architecture, yang lelaki kalau berminat bolehla ambil "

" Kalau nak ambil architecture pun, tak nak bagi ambil kat UKM "

Kenapa tak nak UKM?
Sebab until now(3years after my graduation day) still belum diiktiraf oleh JPA...susah tau bila nak apply government.
I tau bukan semua nak keja government, so diorang tak kisah kalau tak diiktiraf JPA sebab company swasta tak tengok pun semua tu.
TAPI
Bagi yang tetiba teringin nak keja dengan government, kesian kat diorang including me...nak pegi interview je kena pegi JPA kat Putrajaya dulu minta diorang buat surat pengiktirafan.
Surat tu pulak hanya sah untuk Temuduga Jawatan Tersebut sahaja.

......SIGHSSSS......

Habis tu kata nak sambung belajar, kalau bukan architecture nak sambung apa?

Yang tu biar i sorang yang pikirkan....

Apa pun still miss my ex-studio mate friends...masing-masing dah berjaya dengan kerjaya pilihan dan kehidupan yang bahagia.....


p/s : Lately tersangat malas nak update blog...rasa macam nak muntah bila tengok lappy
(over sungguh description....)






























































......alahai perut.......



Lately ni perut asyik lapar je......
kalau lapar tu pulak, jenis yang tak boleh nak tahan-tahan
pedihnya......Ya Rabbi
Malam pulak memang tak boleh kalau tak makan
TAPI
sebelum ni tak de masalah pun nak diet malam-malam
dah tu....tak sempat nak bangun pagi lagi
perut dah bergendang sakan
macam la malam semalam tak makan langsung
adakah badan akan mengembang nanti???

Petanda mungkin akan berlaku kenaikan berat badan kah??
Susah hati
jangan la naik lebih-lebih sangat
susah nak turun nanti

..........alahai perut..........








Tak Plan Pun


Mula-mula tu memang nak balik rumah mertua sempena cuti Maulidur Rasul aritu tup-tup mertua gi Hatyaai pulak..kalau balik pun tak de sapa kat rumah...Tetiba terlintas kat otak ni....

" Hubby, jom gi Langkawi....."

Dah dapat green light tu apa lagi cepat-cepat packing barang sebab nak naik bot kat Kuala Perlis, takes time lagi nak ke sana....Sebelum pegi tu nak singgah rumah tok su dulu sebab dia jemput makan kenduri akikah cucu dia.......kena la tunjuk muka gak sebab rumah diorang dekat sangat.

Kitorang gerak ke Kuala Perlis dalam pukul 11.00pagi, ambil masa 1jam gak la nak sampai sana...sampai je Kuala Perlis.....maaakkk aaaaiiiii, ramainya manusia....tak terpikir lak ramai gak orang nak gi Langkawi sebab bukan cuti sekolah pun, cuti 3hari je........serius time tu rasa macam tertekan sangat....dah la tempat parking penuh, nasib baik ada gak kosong kat tempat parking kebiasaan tu tapi hanya ada tempat tak berbumbung......terpaksa la, tak kan nak patah balik pulak kot...sehari RM 10.00...memang buat duit betul sapa-sapa yang ada tanah kat jeti ni, just buat tempat parking je pun dah boleh kaya.

Dah settle bab parking, bab nak membeli tiket pulak....takut tiket dah habis, tak larat nak tunggu lama-lama....kitorang beratur gak untuk beli tiket bot pukul 12.45tengah hari........Alhamdulillah.....ada lagi tempat kosong...Ni kes sebab berbas-bas orang nak gi Langkawi la ni....memang sesak la kat jeti tu.....

Dah sampai tu, rehat-rehat kejap pastu terus keluar jalan-jalan, bawa Mr Hubby yang dah lama tak datang Langkawi....Kitorang gi Cable Car. Planning memang nak naik cable car tu tapi sebab 'tourist guides' merangkap mak cik and mak su tak de keberanian nak naik, kesian pulak kat diorang nak kena tunggu. Lagipun masa tu dah pukul 5petang....kalau naik, pukul berapa pulak nak turun, malam tu pulak mak cik ada hal.....so, just jalan-jalan kat situ je la...Dah abih bergambar ala kadar, kitorang gerak balik....On the way tu singgah kejap kat Harbour Park, tempat mat salleh parking kapal...




masuk animal farm
bagi makan rusa and main dengan rabbit





makan ais krim dulu


ooooo............sejuknya


Harbour Park




Esoknya pegi mandi laut kat Pantai Pasir Tengkorak, Mr Hubby la nak mandi sangat....panas-panas pun nak mandi gak ke?.....Kitorang bawak bekal ke sana, kiranya masak dulu, pastu pegi berkelah kat tepi pantai....kitorang masak sambal sotong, sayur, ikan goreng....best dan berselera la makan kat tepi pantai tu...On the way nak pegi tu singgah jap kedai cina (member mak cik) nak beli tikar sebab terlupa nak bawa.....tengok-tengok memang rezeki kitorang la, tokey tu bagi ais krim free satu bekas.....








Mula-mula (sebelum sampai kat pantai) memang rasa nak mandi tapi bila dah sampai rasa macam malas pu lak....ye la, tak best mandi sorang-sorang...yang lain (the girls) tak nak mandi..so yang perempuan-perempuan ni just duduk bersantai je la. Mr Hubby pun mandi tak lama, mungkin sebab tak de geng jugak kot.....mandi sorang-sorang mana best, tak meriah.....Duduk kat situ lebih kurang 1jam, pastu terus kemas-kemas sebab mak su pulak ada hal.....(haaihhhh semua orang sibuk weekend tu)

Malam tu kitorang keluar lagi ke Dataran Lang....tengok Iron Man. Nak masuk iron man ni kena mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi sebab nak kena berenang, berbasikal dan berlari....fuuhhh mencabar dan penat....dah la sekarang ni musim panas, tambah-tambah lak kat Langkawi...memang tabik spring la kat diorang ni kalau berjaya habiskan ketiga-tiga tu...Pemenang Iron Man dapat kat peserta Belgium dengan catatan masa 8jam ++.....tapi pegi malam pun still ramai lagi yang baru nak sampai garisan penamat....saja seronok-seronok nak sorak kat diorang....yang paling terharu ada sorang OKU masuk competition ni....see see "jika kau fikir kau boleh......" Iron man-Iron man yang dapat catatan masa terbaik akan berlawan pulak kat Hawaii. Mungkin sebab tu la Langkawi ramai orang kot....semua nak pegi tengok Iron Man.......








Tujuan asal pegi Langkawi ni sebab nak pegi rumah sedara-mara....ye la lepas je kawin tak sempat pun lagi pegi Langkawi. Tambah pulak masa tu still dok kat KL lagi, memang tak sempat la nak ke sana, balik cuti pun kejap-kejap je........Ingat boleh la nak jalan-jalan rumah adik-beradik tapi disebabkan tak planning betul-betul, datang mengejut je.....tak sempat la nak ajak mak cik pegi jalan-jalan.....nak pegi sendiri segan sebab tak berapa rapat dengan adik-beradik kat sana...

Maknanya...............kena pegi lagi la Langkawi ni.............Mybe next time pegi dengan My Mom la pulak.










up