Buku Agama


Saja nak share dengan rakan-rakan......mana tau ada yang tercari-cari buku agama sebagai rujukan....memang disarankan beli Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus. Memang tersangat berguna dan berbaloi-baloi.......

Banyak info dan juga doa-doa yang boleh diamalkan.....pastu ada jugak panduan-panduan solat sunat.....ye la niat tu ada nak buat solat sunat tapi tak pasti macam mana and nak baca apa kan....bolehlah jadikan buku ni sebagai rujukan......permulaan buku tentang kehidupan kita dari kanak-kanak sampai la pengakhiran tentang kematian.....

Disertakan secara bergambar kaedah sembahyang ketika sakit dan cara-cara untuk memandikan dan mengkafankan jenazah.....Mana la tau nanti sampai la masa untuk kita uruskan jenazah ahli keluarga, at least ilmu tu dah ada la......wallahualam.

Cara olahan ayat yang simple dan menarik sebab ada cerita bergambar dan berwarna-warni.....tak la boring nak baca, semangat lagi ada la....kertas pun jenis kertas tebal dan lembut, rasa macam sayangnya kalau terlipat.......buka pun lemah lembut je nanti.

Harganya tak mahal........murah je, untuk buku yang sebegitu berkualiti dan kulit tebal ye adik-adik....hanya RM 50.00. Kalau kat belakang buku dia tulis RM 55.00. Ikut penjual la ye nak bagi diskaun ke tak.......

So, apa lagi.........cepat la pegi cari sebagai salah satu koleksi buku agama....Bila lagi nak tambah ibadat....bukan setakat ibadat, mana tau nak minta pertolongan dari Allah, macam-macam doa ada kat dalam ni.........Tepuk dada tanya selera.......

"Renung-renungkan dan Selamat Beramal"














Pasembor


Dah lama teringin nak makan pasembor.....kat mana lagi kalau tak kat Penang......Kali terakhir makan tak ingat bila...(betapa lamanya tak makan pasembor)

So apa lagi pantas je kitorang ke Penang...dah planning awal-awal dengan My Mom and Mak Su...lagipun dia yang teringin sangat dan memang idea dia pun...Kitorang gerak lepas Zohor tunggu My Mom balik dari sekolah...ada aktiviti apa ntah...














penggambaran dari atas kapal

Kitorang pegi Penang naik feri, balik baru naik jambatan....saja je, dah lama tak naik feri......Sampai Penang lebih kurang pukul 4.30petang tapi tak terus ke Padang Kota, pegi cari jeruk dulu......kat Penang ni satu kawasan tu memang jual jeruk je, dekat je dengan Mydin...Nasib baik la time kitorang pegi Penang tak ramai sangat orang.Mood raya cina lagi kot, so senang la nak cari parking.Lepas dah beli sorang satu plastik jeruk, terus ke Padang Kota....dah tak sabar ni nak makan pasembor.....


bergambar dulu sebelum makan


chestnut


sotong kangkung untuk 2 orang makan (sebelum)


pasembor (sebelum)


sotong kangkung (selepas)


pasembor (selepas)

Dah lama tak makan, bila nak bayar tu rasa macam.....hahhh????? mahalnya.......mungkin sebab ada ketam and sotong kot...tapi serius...agak mahal la.Kalau sekali-sekala nak makan tu boleh la.....kalau hari-hari nak melantak pasembor, boleh bankrap la jawabnya.......

Yang paling tak tahan sekali kat medan makan tu, baru je letak punggung, 10orang yang datang ambil order....sampai pening kitorang....ada yang tanya nak order nasi ayam ke, nak air kelapa ke, nak sotong kangkung ke, nak ABC ke, nak pasembor ke???? HAHAHAHA.....lawak gila.....macam cultural shock jap....eh eh apsal ramai sangat datang kat meja ni??........memang tak sempat nak pikir la.....

Lepas makan tu pegi Queensbay Mall jap....saja nak mencuci mata, bukan nak shopping sangat pun..Jalan-jalan kejap, terus balik.....dah sakit kaki nak pusing-pusing dalam mall tu...itu pun tak semua level pegi sebab agak besar jugak la mall ni....


jeruk


sedap biskut ni


rupa dia macam ni la


balik naik jambatan

Kesian kat My Sis teringin nak makan pasembor......apa nak buat, dok jauh sangat nak ajak join skali...Lain kali la kita datang lagi lepas dah habis berpantang the 2nd coming baby........




Kenduri Kendara



Majlis akikah Muhammad Aidil, anak sepupu Mr Hubby merangkap my friend kat SM Sains Tuanku Syed Putra merangkap match maker kitorang..........

Pagi-pagi terus pegi rumah mak tam (mak sepupu Mr Hubby)..dekat je dengan rumah tok, jalan kaki pun bleh sampai tapi kitorang malas nak jalan....naik kereta je la.Lagipun nanti nak balik dah petang....tak larat la nak jalan time panas-panas....Family Mr Hubby semua dah pegi dulu rumah kenduri..kitorang je lambat sket....sampai je depan pintu....mak aaihhh ramainya orang....i maluuu.....
Ye la dah la sorang-sorang (Mr Hubby pegi bahagian lelaki) semua mata memandang i je....bersalaman la dengan semua wanita-wanita tersebut.........rupa-rupanya ramai-ramai berkumpul tu sebab nak tengok kain and tudung....orang KL bawa balik untuk meniaga....tapi tak sempat nak belek sebab dah ketinggalan keretapi....tapi tak pe sebab MIL dah belikan untuk i....hehehe...

tudung coklat tu i beli sendiri la....
kalo berminat nanti i promote...

Kitorang pegi kejap je rumah kenduri tu...lepas bacaan doa and makan (tak de majlis potong jambul sebab baby dah dibotakkan selepas 7hari lahir), terus pegi rumah kenduri kawin; Mr Hubby friend masa keja kat Perodua....

Actually tak planning pun nak pegi sebab Mr Hubby lupa...tetiba pagi tu member dia call tanya nak pegi tak kenduri kawen tu...em dah ada geng tu apa lagi pantas je la kitorang gerak ke sana...Pegi kenduri tu pun bukan la nak makan sangat (lagipun still kenyang makan kt rumah sepupu) tapi Mr Hubby nak jumpa member yang telah lama ditinggalkan........reunion....









Tak ambil gambar banyak sangat....time tu orang ramai sangat, pick hour....semua berebut nak bergambar + photographer pun nak menjalankan tugas....snap je la mana yang sempat....
Dua-dua hubby and wifey ni keja kat Perodua tapi department lain-lain.....Mr Hubby's friend tentu la yang lelaki masa keja kat department R&D Perodua.........


~Selamat Pengantin Baru~






Site Visit



Baru-baru ni ex-officemate
Skala ada buat site visit ke Wisma Darul Aman sebab Tuanku nak datang tengok ofis baru....On the way ke Kedah, diorang message bagitau yang diorang turun Kedah dan nak jumpa lepas habis presentation nanti...........Mula-mula tu macam whattttt????.....Baru nak inform....Transport langsung tak de ni.Tempat keja Mr Hubby jauh la sangat......Terpaksa la pinjam keta My Mom....Macam tak best la pulak kalau cakap tak boleh pegi lagipun Big Boss pun ada jugak.....

We meet up at Shamila Hotel for lunch.....Ingatkan just kitorang je, rupa-rupanya ada gak Contractor Azam Hias.....oowww segan nyer......tapi dah datang kena duduk la jugak. Buat muka tak malu depan diorang.......Azam Hias belanja makan....

Lepas tu dismissed bawa haluan masing-masing.....Group Azam Hias gi settlekan hal diorang, Group Skala gi melawat Galeri Sultan Abdul Halim....bersebelahan dengan Shamila Hotel. Dah lama teringin nak masuk galeri ni tapi macam segan la pulak nak gi dengan Mr Hubby....Teringin tu sebab galeri ni salah satu projek Skala gak. So alang-alang diorang nak gi, ikut je la....

Dah abih pusing-pusing galeri, Big Boss ajak gi Wisma Darul Aman pulak....pegi tengok pejabat Sultan dan kitorang pun berposing-posing......

So layannnn je la gambar kat bawah ni......



emmmm.......selesanya kerusi ni


Fariza and Me


duduk atas recliner chair


meja Tuanku
kerusi tu berdaulat.......


ex-officemate and ex-design director


kat lobi bersama bunga-bungaan


bilik meeting
berlakon je lebih.....


SKALA DESIGN CONSULT
&
AZAM HIAS SDN BHD


Last pertemuan dengan diorang kat Wisma Darulaman....Big Boss ada gak tanya 'tak de planning nak balik KL ke?'.......Minta maaf la boss....tak mungkin dah kot. Dah settle down kat sini....

BUT

DO KEEP IN TOUCH!!!!!



Jalan-jalan Makan Angin


Dah lama tak bercuti....nak makan angin selalu tak sempat je....so planning dengan my sis nak pegi bercuti bersama-sama....dan destinasi pilihan adalah SABAH bah!!! Kami pegi sana 3hari 2malam saja dan tido di Le Meridien Hotel, kat tengah-tengah bandar.....Tujuan utama nak pegi sana sebab nak mandi laut....nak ke Pulau Manukan (ramai orang cakap pulau ni cantik)

Penerbangan kami hari tu pada pukul 9.30pagi dan mengambil masa 2jam 30minit untuk mendarat.Di sana kami menyewa kereta untuk mudah bergerak ke mana-mana destinasi.


sebelum berlepas



muka aireen di pagi hari



awan yang memutih



aireen and pak lang....
masa ni dia tak pandai lagi buat peace


Selepas dah check-in hotel dan rehat kejap, kami pun meronda-ronda sekitar pekan Sabah.Nasib baik abang ipar a.k.a abang hasry ada bawa GPS....senang la sikit.Walaupun ni kali ke-2 saya datang ke Sabah tapi dulu datang dengan budak-budak studio.....ikut je lecturer nak bawa ke mana pun dan kami guna bas Universiti Malaysia Sabah...

Petang tu kami jalan-jalan ke Tanjung Aru, saja nak tengok pemandangan.....



pemandangan di waktu senja



si comel dengan papa



Mr Hubby kegembiraan



us


Malam tu kami plan nak makan seafood dan pegi la ke Ocean Seafood Village. Kalau nak makan kat sini memang kena book awal-awal kalau tak, tak tentu boleh dapat tempat.Memang sentiasa full house.

Sampai-sampai je kat sini diorang akan bawa kita kena belakang, ke tempat ber'akarium' untuk pilih seafood apa yang nak dimakan.....Macam-macam jenis seafood ada kat sini sampai tak tau nak pilih yang mana......yang pasti jangan tersilap pilih kalau tak, melayang duit beratus-ratus..


ha...pilih...pilih....pelbagai jenis pilihan



tengok orang sebelah minum,
nak cuba gak air ni



butter crap
yummylicious



sayur sabahan
rangup




udang lipan masak pedas
udang tu sedikit liat




ikan merah masak........
ikan ni tersangat la mahal




semua makanan dah tersedia
mari makannnn......


Second day kat sini kami ke Pulau Manukan.....kena naik bot di Jesselton Point.....Kami bergerak ke pulau pada pukul 9pagi dan balik pada pukul 2petang.....tu pun dah tak larat nak mandi.....

Nak masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang sebab kat sini pun ada resort dan restoran, lebih kurang macam private resort la jugak......dan kawasannya sangat la bersih....tandas pun bersih.....pantai pun bersih...kiranya semua la bersih...


sebelum masuk ke kawasan pantai



bergambar lagi di depan pintu masuk



dan lagiiii............



my sis's family



ikan-ikan yang sentiasa kelaparan


Dah habis mandi tu kami gi jalan-jalan ke One Borneo pulak....Shopping Complex yang baru di buka.On the way nak ke sana tersalah masuk jalan dan tersampai ke tempat ni......Boleh dikategorikan sebagai mercu tanda Sabah la jugak....ramai je orang datang bergambar kat sini.




kakak and aireen



tersalah tunjuk....tersasar



yeay....hooray


Lepas dah bergambar gitu-gitu je, terus gerak ke One Borneo....makan malam kat sana dan jalan-jalan kejap pastu terus balik hotel....letih sangat sebab mandi manda bukan main lagi pagi tadi...dah tak de tenaga nak pusing-pusing shopping complex tu....

Esoknya kami dah nak balik tapi pagi tu sempat lagi pegi shopping kat Pasar Filipina....beli apa lagi kalau datang Sabah...tentula mutiara...souvenir untuk family...










up